create your own banner at mybannermaker.com!

Sunday, January 30, 2011

A Legacy of Love

http://www.youtube.com/

Bila Pesakit Tidak di Lindungi Insurance

Petikan Akhbar dari KOSMO online
www.kosmo.com.my


POLISI insurans kesihatan bukan untuk dibeli oleh individu yang sedang menghidap penyakit kritikal seperti sakit jantung dan strok.

Sebaliknya hanya orang yang sihat boleh mengambilnya dengan andaian mereka mungkin mendapat penyakit itu pada masa akan datang.

“Kos rawatan untuk penyakit kritikal adalah tinggi. Jika tiba-tiba seseorang itu disahkan menghidapnya, polisi insurans kesihatan yang ada boleh membantu mengurangkan beban kewangan pesakit,” kata ejen insurans American International Assurance Berhad (AIA), Anis Nuriman.

Bagaimanapun, perlindungan perubatan tidak diberikan kepada mereka yang disahkan menghidap penyakit kritikal sebelum satu-satu polisi insurans kesihatan itu dibeli.

Hakikat ini diakui kebanyakan syarikat insurans.

“Pelanggan tidak dihalang sepenuhnya daripada membeli polisi insurans perubatan. Namun, polisi yang ditawarkan untuk pesakit kronik itu melibatkan bayaran premium yang tinggi.

“Ia sudah tentu membebankan pelanggan sedangkan polisi itu tetap tidak meliputi perlindungan terhadap penyakit kritikal yang sedia dihidapi.

“Jadi pada kebanyakan masa, pesakit kanser atau kencing manis tidak membeli polisi itu,” dedah Anis.

Ejen insurans Prudential BSN Takaful Berhad, Rosli Ahmad, pula menambah penghidap penyakit kritikal hanya dapat ditawarkan polisi insurans hayat atau kemalangan.

“Jika mereka mahu membeli insurans perubatan juga, polisi yang ditawarkan akan mengecualikan penyakit kritikal sedia ada atau penyakit kritikal lain yang terjadi disebabkan penyakit kritikal tadi.


Kanser

“Memang malang bagi mereka kerana tidak dilindungi insurans untuk penyakit yang dihidapi tetapi itulah konsep insurans kesihatan,” ujarnya.

Presiden Pertubuhan Kebajikan Kanser Payu Dara (BCWA) Malaysia, Ranjit Kaur, merasakan amalan polisi insurans tersebut satu diskriminasi.

“Kami (pesakit kanser) masih hidup dan sepatutnya boleh membelinya. Malah, ramai penghidap kanser lebih sihat berbanding mereka yang tidak menghidap penyakit kritikal.

“Keadaan ini tidak wajar berlaku. Perlindungan insurans kesihatan harus diberikan kepada mereka yang memerlukan,” tegas Ranjit.

Merujuk statistik kanser di Malaysia, kata Ranjit, setiap seorang daripada empat orang berkemungkinan diserang kanser setiap tahun.

“Adakah mereka mengatakan tidak kepada 25 peratus rakyat Malaysia hanya kerana kami ada kanser?” tanya Ranjit.

Tambah beliau, faktor itu jugalah yang membuatkan penghidap kanser berasa amat takut sebaik sahaja disahkan menghidap penyakit itu.

“Sudahlah kami terpaksa berdepan dengan penyakit kritikal, kami juga mesti memikirkan cara untuk mendapatkan wang bagi menanggung kos perubatan,” bidas Ranjit yang menyifatkan itulah salah satu punca pesakit kanser payu dara gagal diselamatkan.

Menurut Ranjit, ada juga antara penghidap kanser payu dara yang ditamatkan polisi insuransnya setelah disahkan menghidap penyakit itu.

“Selepas membayar kos perubatan pertama untuk kanser yang dihidapi, syarikat insurans tersebut bertindak menamatkan polisi yang selama ini dibayar wanita tersebut.

“Macam mana boleh jadi begini? Jika benar wanita itu tersalah membeli polisi, sepatutnya dia didedahkan tentang polisi yang tepat untuk keperluannya,” ujar Ranjit.

Keadaan berbeza adalah di Washington, Amerika Syarikat. Sebuah pelan insurans untuk penghidap penyakit kritikal sedia ada sudah diwujudkan oleh kerajaan negeri sejak Mac 2010.

Tujuannya ialah untuk memberi peluang kepada penghidap penyakit kritikal mendapatkan perlindungan kesihatan sekurang-kurangnya sehingga tahun 2014 iaitu sebelum sektor kesihatan tempatan diubah sepenuhnya.

Tindakan itu dilihat sebagai satu perubahan yang baik untuk sektor kesihatan dalam usaha mengurangkan bilangan rakyat Amerika yang sakit.

Bil Hospital Melambung Tinggi

kita kongsi petikan akhbar...


SHAH ALAM 28 Nov. - Seorang pekerja swasta terkejut selepas mendapati kos pembedahan dan rawatan untuk membuang fibroidnya di sebuah hospital swasta di ibu negara pada 6 Julai lalu mencecah RM309,608.

Siti Manzairina Osman, 46, mendakwa, caj tersebut terlalu tinggi berbanding kira-kira RM18,000 yang pernah dikenakan oleh hospital itu semasa dia menjalani pembedahan dengan doktor yang sama pada 2005.

Wanita tersebut yang tidak berpuas hati dengan caj tersebut mendakwa, dia telah membuat perbincangan dengan pihak hospital pada 30 Oktober lalu untuk mendapatkan laporan perubatan bagi mengetahui secara terperinci rawatan yang diterimanya sehingga dikenakan caj terlalu tinggi.

Menurutnya, dia juga tertanya-tanya mengapa sehingga lapan doktor telah ditugaskan untuk merawatnya selepas pembedahan fibroid itu dan terpaksa ditahan di hospital selama tiga bulan.

''Bayangkan bil ubat sahaja lebih kurang RM81,000 sepanjang tiga bulan saya berada di hospital.

''Itu tidak termasuk caj barangan pakai buang seperti lampin, tisu dan sarung tangan sebanyak RM60,181.31, dialisis RM29,250 dan banyak lagi caj yang tidak berpatutan," katanya ketika ditemui di Subang Jaya dekat sini hari ini.

Siti Manzairina mendakwa, dia juga telah meminta laporan perubatan daripada lapan doktor yang merawatnya tetapi setakat ini belum memperolehi kesemuanya.

Dakwanya, ekoran bil yang semakin tinggi di hospital berkenaan, dia juga telah meminta untuk pulang ke rumah walaupun kesihatannya belum pulih sepenuhnya dan sudah menjelaskan bil hospital sebanyak RM223,280.

''Saya tidak kisah caj perubatan mahal jika saya sembuh. Tetapi sakit saya belum pulih dan sekarang terpaksa pula menanggung hutang untuk melangsaikan bil perubatan yang masih berbaki RM86,328

Perlukah Insurance @ Tidak?

Dewasa ini, kita sering terdengar keluhan masyarakat setempat tentang bil-bil hospital yg melambung tinggi, yuran pendidikan anak-anak yg semakin meningkat dan tiada simpanan dikala mala petaka menimpa dan sebagainya. Pernahkan kita terfikir semua itu ada kaitannya dengan Insurance?


Setiap manusia yang hidup pasti akan mati. Itu sudah janji Allah s.w.t. PASTI. Manusia takkan hidup kekal selamanya, menungak dunia keakhirnya..
Setiap manusia PASTI akan sakit. Boleh dikirakah berapa nisbah manusia yang tidak pernah sakit sepanjang hayatnya? Malah ada juga sesekali ditahan wad hospital disebabkan oleh sakit.


Buat masa ini kebanyakannya pasti akan mengaku "Aku tidak akan sakit, sihat sentiasa", " Aku tidak akan di tahan wad hospital" dan sebagainya, tapi pastikah kita bila musibah akan melanda? bila penyakit akan dihidapi? bila kemalangan akan menimpa? Malang tidak berbau, tidah pernah memberitau bila tarikhnya dan meramalkannya.. so, sediakanlah payung sebelum hujan!




Di sini saya senaraikan beberapa jenis insuran yang biasa ditemui.

1. Insuran kereta/motor – saya rasa insuran jenis ini, hampir semua orang tahu. Kepada pemilik kenderaan, kenapakah anda memiliki insuran untuk kereta anda? Adakah kerana kesedaran anda terhadap pentingnya insuran jika berlaku sesuatu kemalangan ke atas kenderaan anda, ataupun disebabkan oleh undang-undang?

2.  Insuran nyawa / Life Insurance – pernahkah anda dengar tentang insuran ini? Insuran nyawa adalah sejenis insuran yang akan memberikan pampasan sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini ke atas pemilik insuran tersebut seperti kematian, kehilangan keupayaan secara kekal atau mengidap penyakit kritikal.


Di antara sebab-sebab Kenapa perlu Insuran Nyawa :
i. Kematian yang tidak tahu bila akan datang.
ii. Dana untuk membayar hutang sekiranya kematian datang sebelum sempat dilunaskan hutang.
iii. Bekalan buat anak-anak dan isteri serta keluarga andai kata kematian datang tanpa persediaan.



3. Medical Card – medical card adalah satu jenis insuran yang akan membayar kos rawatan perubatan di hospital sekiranya pemilik medical card tersebut dimasukkan ke dalam wad hospital untuk mendapatkan rawatan perubatan.


Di antara sebab-sebab perlunya Medical Card :
i. Kos rawatan perubatan yang tinggi
ii. Memudahkan kita untuk memilih hospital – swasta atau kerajaan – tanpa perlu memikirkan soal kos.
iii. Peluang untuk mendapatkan rawatan yang lebih baik – juga kerana kita tidak perlu risaukan sangat soal kos perubatan